Blog CiKgu Anis
SEKOLAHKU...
Monday, May 27, 2013
LUKISAN TEKNIK
Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.
Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan ataupengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.
Thursday, May 23, 2013
Labels:
Lukisan Oblik,
Lukisan Ortografik
Location:
Malaysia
Saturday, May 11, 2013
Pantun Jasa Guru
Bunga cengkeh, bunga matahari,
Harum wangi di ruang tamu;
Usahamu gigih setiap hari,
Mendidik kami tanpa jemu.
Laungan azan jauh kedengaran,
Hati tenang mengucap syukur;
Penuh sabar memberikan ajaran,
Kesalahan kami sentiasa ditegur.
Jarum emas di dalam peti,
Dibawa pergi sambil berlari;
Nasihat diberikan tidak berhenti,
Supaya kami membaki diri.
Wajahmu manis tersemat di hati,
Setiap masa bersuara tenang;
Wahai guru yang kami hormati.
Jasamu mulia tetap dikenang.
Sejambak bunga dari taman,
Untuk guru kuhadiahkan;
Pesananmu tetap jadi pedoman,
Mendorong aku mencapai kejayaan
Subscribe to:
Posts (Atom)